Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Catatan Program (KPH)


Ustaz Mat Saril sedang memberi taklimat

Kem Pelajar Harapan adalah satu nama yang saya sendiri berikan kepada program anjuran Badan Disiplin Maahad Darul Quran yang dipengerusikan oleh ustaz Mat Saril Jusuh. Program ini adalah inisiatif Badan Disiplin MDQ untuk mentarbiyah dan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar yang punya kes-kes disiplin samada berat ataupun ringan.

Secara mudah, bahasa rakan-rakan sebaya mereka ialah sek-sek samseng@megang (sesetengah dari mereka, bukan semua) dan bahasa bagi orang yang punya sedikit kematangan adalah budak-budak nakal. Walau apapun istilahnya, saya merasa terpanggil untuk menulis tentang ini kerana saya dapat merasakan bahawa bagi sahabat-sahabat yang telah tamat pengajian mereka di MDQ khususnya batch saya sendiri dan akhass-nya bagi muslimat batch saya iaitu perlunya mempunyai hasrat untuk membantu pentadbiran (sila baca Islam) dalam menjayakan tarbiyyah kepada adik-adik kita.

Program yang diadakan di Taman Pertanian Sekayu itu, disertai lebih 80 orang peserta banin dan banat. Rata-rata mereka dari i'dadie dua hingga ke thanawi tiga. Pada saya, mereka masih boleh dibuat berkira jika hendak dibandingkan dengan sekolah lain yang mungkin bahkan jauh lebih teruk masalah disiplinnya dari mereka. Cuma, mereka akan dilihat sebagai bermasalah besar kerana mereka bersekolah di sekolah yang dinaungi parti Islam dan tarbiyyah menjadi asam garam perjalanan 7 tahun itu. Hasanaatul Abrar Sayyi'aatul Muqorrobin.


Turut kelihatan dalam gambar, ustaz Abu Bakar Soleh

Walaupun pada pengamatan saya, tindak-balas dan reaksi hyper-aktif dari peserta khususnya muslimat jauh lebih terkedepan berbanding banat batch 2005 (ini bukan petanda baik), saya cepat menanam sedar bahawa saya tidak lagi berada pada tahun 2005. Bii'ah saya tidak lagi dikelilingi oleh kekonservatifan zaman yang mana sebuah telefon bimbit Nokia 3310 masih berharga sekitar 300-400. Sekarang segala-galanya pantas. Sepantas mulut mereka berbicara apabila fasilitator sedang berbicara di depan.

Contoh :-
Fasilitator : Eh, awak ni bukan adik Tijah (bukan nama sebenar) ke?
(belum sempat yang ditanya menjawab, sahabatnya yang lain tangkas menjawab dahulu)
Kawan-kawannya : Ye r ustaz, adik Tijah r ni, bakpe? Ustaz nak ke Tijah ke?

Ini adalah contoh bicara yang sempat dirakamkan di minda saya yang dialami oleh seorang sahabat saya. Bagi yang masih kekal konservatif, cepat benar mereka menghukum. Bunyinya seperti : "Teruklah budak-budak ni, x macam kita dulu. Ish, kalu saf-saf kita yang jawab camtu, soheh biru mulut kena lempang.." Terbakar bunyinya..

Dalam dakwah, kesabaran dan sikap memahami kondisi mad'u adalah sangat-sangat penting. Bilamana kita tidak memahami mad'u, nescaya cakap kita akan mengandungi unsur-unsur s.s (Syok Sendiri) dan unsur ini sangat tidak disukai oleh mad'u terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah disiplin.

Apa yang saya mohon dari cerita-cerita di atas adalah kesudian sahabat-sahabat dari batch 2005 ini khususnya agar dapat menghulurkan sumbangan idea, tenaga, masa, wang ringgit dan sokongan moral agar jalan tarbiyyah ini tidak kosong. Tidak kira anda X-PPDQ, X-BPDQ, X-AJK Lajnah, X-pelajar biasa, X-pelajar bermasalah dan segala macam X lagi, jagalah adik-adik kita agar ianya dapat mengisi kelompongan ruang ulama'-ulama' yang bakal memimpin negara kelak.

Jika ada sebarang cadangan, saya mohon, tolong, tolong dan tolong panjangkan kepada email saya, usama_ben_kareem@yahoo.com.my atau algelami@gmail.com.

P/s : Blog ini mendapat perhatian ustaz Rozie Ali yang bertanya khabar sewaktu program KPH tempoh hari. Makluman juga bagi mereka yang punya kekosongan, Hari Khamis, 30hb Julai 2009(hari ini) hingga Sabtu ini, MDQ telah menganjurkan program Akademi Kepimpinan Pelajar khusus kepada PPDQ dan para pelapisnya. Bagi yang punya kekosongan, boleh hulurkan bantuan. Sila hubungi Amir Omar (013-215 9094).

0 comments.