Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Azamkan Dirimu Untuk Berjihad!

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang menceritakan segala-galanya tentang perjuangan mereka memburu syahid. Jika ditanya kepada saya sebelum ini, saya lebih senang untuk berdiam diri dan kadang kala saya menjawab mereka lebih faham tentang kondisi mereka di Indonesia dan mereka tentu mempunyai sebab tertentu sewaktu merancang pengeboman di Bali dulu.


Wasiat dari Mujahid Mukhlas


Wasiat Dari Mujahid Amrozy


Wajah Syuhada' setelah dijatuhi hukuman.



Wajah tenang Imam Samudera bertemu Rabbnya setenang wajahnya sewaktu hidup.

Apa yang mereka lihat? Apa yang mereka nampak? Adakah telah terpampang dihadapan mereka syurga abadi disamping kelibat bidadari milik mereka telah melambai-lambai untuk menyambut kedatangan wira masing-masing?


وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ


"dan janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup dan kamu tidak menyedarinya"

Azamkanlah di dalam diri kita untuk mati syahid. Hebatkanlah tekad kita untuk menafkahkan jiwa kita ke jalannya. Gunakanlah segenap tenaga dan setiap ruang yang ada untuk menaikkan kalimah Allah. Jika dengan cara berperang, maka berperanglah. Jika belajar, maka belajarlah. Jika melalui penampilan, maka gunakanlah. Jika melalui pekerjaan, maka bekerjalah. Apa yang penting, bawalah Islam bersama-sama. Seeru Ala BarakaatiLlah.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

(sumber foto dari web Muslimdaily.net)
http://www.benkareem.blogspot.com

0 comments.

Yoga dan Solat, Suatu Perbandingan.

Baru-baru ini heboh juga tentang isu yoga, walaupun sekarang ini ianya tidak lagi menjadi isu utama yang dibincangkan di dalam akhbar semasa dek kerana Majlis Fatwa Kebangsaan masih lagi membincangkan isu ini secara mendalam dan masih tiada lagi fatwa yang dikeluarkan walaupun telah melangkaui tarikh yang yang sepatutnya fatwa itu dikeluarkan.


Dr. Syeikh Ali Jum'ah, mufti Mesir.

Lama dahulu, mufti besar Mesir, Dr. Syeikh Ali Jum'ah telahpun mengeluarkan fatwa mengharamkan yoga sebagai amalan untuk kesihatan kerana ianya menjadi satu amalan penganut agama Hindu yang kononnya bersatu dengan Tuhan sewaktu mereka melakukan yoga. Saya kira, Majlis Fatwa Kebangsaan sekarang ini tentunya memikirkan keputusan terbaik kerana pengamal Yoga di Malaysia boleh dikatakan agak ramai juga. Ianya pasti akan memberikan impak yang memeranjatkan kepada pengamalnya yang rata-rata mereka adalah kaum perempuan.

Sejarah Yoga


Yoga yang sinonim dengan masyarakat kita sebagai satu senaman dan cara menghilangkan stress

Yoga jika merujuk kepada Kamus Dewan (edisi keempat) ialah satu sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan Tuhan dengan mengheningkan fikiran (bertafakur) melalui gerakan fizikal dan fikiran. Ensiklopedia yang lain mengatakan bahawa Yoga adalah satu bentuk disiplin tradisional India untuk fizikal dan mental. Ianya juga dikatakan sebagai salah satu fahaman Ortodoks dalam falsafah Hindu.

Perkataan Yoga berasal dari kalimah bahasa sanskrit Yuj yang membawa banyak maksud seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Masyarakat Hindu percaya bahawa yoga adalah sebagai satu ritual keagamaan untuk menyembuhkan jiwa kerana bersatunya mereka dengan Tuhan.

Yoga mempunyai beberapa cabang seperti Raja Yoga, Jnana Yoga, Bakti Yoga, Karma Yoga dan Hatha Yoga. Namun pada masyarakat luar India, mereka lebih dekat dengan cabang Hatha Yoga kerana yoga jenis ini adalah yoga yang membabitkan posisi tubuh (asana) atau lebih senang dengan panggilan senaman.

Ianya telah mula diperkenalkan kira-kira 3300 tahun sebelum Masihi dan dikatakan cukup efektif untuk membantu melambatkan proses melambatkan penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Dalam kitab agama Hindu yang paling lama telahpun menyebut tentang yoga. Menurut penulis buku yoga terkenal, Goerg Feuerstein, yoga menjadi asas kepada upacara Vedic (zaman penyebaran Veda) khususnya untuk ratib zikir suci.

Hatha Yoga mengfokuskan tentang shatkarma (yoga yang membabitkan penyucian tubuh badan) sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha), pernafasan (prana) dan tenaga yang penting (tha). Yoga kini diamalkan dikebanyakan negara-negara yang rata-rata pengamalnya berpendapat bahawa yoga adalah satu cara yang cukup berkesan untuk mengurangkan tekanan (stress). Malaysia juga tidak terkecuali bahkan pusat-pusat senaman yoga begitu cepat membangun terutamanya di negeri-negeri maju.

Haram atau tidak pada anda? Sama-samalah kita merenung hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah dari kalangan mereka"

Solat Dan Pensyariatannya

Selaku orang Islam, sejarah pensyariatan solat tentunya menjadi lebih dekat dengan kita lebih-lebih lagi ianya dijadikan sebagai satu tarikh kebesaran bagi umat islam diseluruh dunia. Tipu kiranya anda tidak pernah mendengar tentang Isra' Mi'raj. Perjalanan baginda Rasul s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan dari Baitul Maqdis terus naik ke langit dengan pelbagai kisah-kisah yang menarik yang berlaku sepanjang perjalanan itu.

Kita juga tahu bahawa kronologi sebelum Allah memperjalankan RasulNya itu adalah kerana untuk mengubati kesedihan baginda yang baru sahaja kehilangan dua orang insan kesayangan yang selalu membela perjalanan da'wah baginda, isteri tercinta, Khadijah r.a dan bapa saudaranya Abu Talib. Bahkan tahun itu dikenali sebagai 'Aamul Huzn (tahun kesedihan).

Apa tujuan Allah menggerakkan kekasihNya untuk bertemuNya lantas dianugerahi solat sebagai satu perkara yang wajib untuk dilakukan. Perkara ini setelah diteliti dan diamati, pensyariatan solat adalah sebagai penawar kepada kesedihan, penyembuh kegundahan dan pengubat kedukaan. Satu cara yang efektif untuk menangani kesedihan telahpun dikurniakan Allah untuk Rasulnya yang masih lagi merasai kehilangan pada waktu itu.


Hanya Engkau(Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

Pasti hebat penawar yang dikurniakan Allah ini kerana Dialah tuhan yang menjadikan makhluk tanpa sedikitpun jahil tentang struktur tubuh manusia. Dialah Allah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk manusia. Seumpama pencipta kereta yang tahu bahawa kereta yang diciptakan itu tidakkan bergerak dengan air. Begitulah Allah mengetahui dan mengenali kita bahkan lebih dari itu lagi.

Solat Senaman Muslim

Selain disyariatkan sebagai lambang penyembahan kepada Allah yang Maha Esa dan juga tanda berserah diri kepadaNya, ia juga turut mengandungi pelbagai kelebihan samada dari sudut kerohanian mahupun fizikal. Telah berlaku banyak ujian yang dijalankan ke atas solat dan hasilnya juga sememangnya menakjubkan kerana menunjukkan kesan yang baik kepada kesihatan manusia. Bahkan jauh lebih baik dari yoga anjuran Hindu itu.

Solat mengajar kita supaya berdisiplin, ini dapat dibuktikan dari sudut ketetapan waktu yang memastikan bahawa kita sentiasa melakukan solat-solat ini di dalam waktunya yang tertentu. Jika kita melanggar waktu yang telah ditetapkan itu, solat kita tidak akan dikira kecuali atas sebab-sebab yang dibolehkan berbuat demikian. Begitu juga disiplin mengadap tuhan, kita perlu bersuci dari hadas, menutup aurat, tidak boleh bergerak sesuka hati, tidak boleh makan dan bermacam lagi etika-etika yang harus dilakukan untuk berjumpa Raja segala Raja itu.

Solat juga mengajar kita agar mengikuti ketua (imam) selagi ianya betul dan menegurnya secara terus jika ada kesalahan dalam sembahyang. Kita juga tidak boleh bertindak mendahului imam dalam gerakan-gerakan sembahyang. Begitulah Islam yang begitu sempurna kerana dengan sembahyang sahaja, telah banyak rahsia yang terungkap.

Dari sudut pergerakannya pula, bermula dengan berdiri, mengangkat takbir, ruku', sujud, tahiyyat dan salam semuanya ada membawa khasiat kepada kita hasil dari pergerakan itu tadi. Sujud contohnya, telah sekian lama kajian yang dibuat menunjukkan bahawa sujud membantu proses mengalirkan darah ke satu tempat yang tidak pernah sampai ke tempat itu kecuali dengan sujud.


Al-Quran itu sebagai penawar.

Bacaan al-Quran di dalamnya juga menurut seorang doktor perubatan mampu melegakan stress. Ini kerana kajian beliau tentang orang yang mendengar al-Quran sewaktu stress melihatkan proses penurunan kadar keregangan yang amat menakjubkan. Bahkan di Malaysia, terdapat satu pusat ternakan lembu yang menggunakan kaset bacaan al-Quran untuk diperdengarkan kepada lembu dan hasilnya, lembu itu lebih jinak dan menghasilkan lebih banyak susu.

Ada rungutan bahawa sembahyang atau tidak, hasilnya sama sahaja. Tidak menunjukkan apa-apa perbezaan pun. Perlu diingatkan di sini, sembahyang bukanlah sembarangan perkara. Ianya menjadi satu-satunya perkara yang diberi secara langsung kepada RasulNya. Untuk mendapat kesan solat itu, ianya perlu bermula dari sebelum mendirikannya lagi. Wudhu' yang sempurna, rukun yang tiada cela, hati tenang dari dunia dan pastinya khusyu' datang untuk menerpa.

Solat beginilah yang membawa kesan. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh al-Aulawiyyaat menyebut, mereka meletakkan khusyu' dalam sembahyang ditempat pertama manakala kesempurnaan rukun pula mereka abaikan. Bagaimana khusyu' bisa hadir ke dalam hati pelaku-pelaku sebegini? Aulakan yang utama.

Yoga atau Solat?



Akhirnya, kita selaku umat Islam semestinya perlu berbangga dengan pensyariatan solat kepada kita. Ianya dikurniakan Allah kepada kita sebagai satu tanda Dia mahu kita mengadapnya 5 kali sehari dan mengadukan esak tangis kita dalam doa kepadaNya. Tidakkah itu hebat pabila Tuhan sendiri mahu mendengar masalah kita, menyayangi kita tatkala kita sayang kepadanya dan mendekati kita saat kita menghampirinya.

Sudah tentu ianya jauh lebih hebat dari yoga yang baru sahaja lahir sekitar 3300 s.m dahulu. Sedarilah wahai manusia, solat kita jauh lebih baik dari yoga mereka. Adat barang yang baik, sudah tentu penggunaannye juga memerlukan ketelitian yang tinggi. Sama-samalah kita menilai apa yang baik dan apa yang buruk di dalam tulisan ini. Seeru ala BarakaatiLlah.

http://www.benkareem.blogspot.com

0 comments.

Wall-E, Teknologi dan Kemanusiaan.

Saya tertarik untuk mengetengahkan sedikit dari hasil pembacaan saya tentang perkembangan teknologi dan pengaruhnya kepada masyarakat sekarang. Sememangnya zaman ini penuh dengan cabaran yang memaksa kita selaku orang yang terdahulu yang belum sempat merasai kecanggihan seumpama ini diwaktu kecil kita lebih kreatif untuk menangani kecepatan perkembangan teknologi yang adakalanya membawa pelbagai pengaruh kepada generasi selepas kita.

Dari sekecil-kecil teknologi seperti calculator @ mesin kira hinggalah sebesar-besar teknologi seperti alatan angkasa dan kelengkapan perang. Semuanya membawa seribu macam pengaruh kepada perkembangan akal manusia. Jika negatif cara penggunaannya, maka sudah tentulah negatif juga hasilnya.


Kapal pengangkut Nimitz milik USA

Contoh mudah, teknologi nuklear yang pada asalnya adalah untuk membekalkan tenaga melalui proses penguraian uranium dan mengaktifkan perlanggaran proton dan neutron yang mampu membekalkan tenaga untuk satu jangka masa yang panjang. Bayangkan satu kapsul nuklear setinggi satu hasta dengan ukur lilit kurang lebih 15 sentimeter mampu membekalkan tenaga untuk sebuah kapal pengangkut sebesar Nimitz selama 20 tahun. Ditambah dengan kurangnya risiko pencemaran sepertimana sumber tenaga yang sedia ada iaitu minyak dan gas.


Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang menjadi parut sejarah kerana hilang nilai kemanusiaan.

Namun atas sebab tidak mahu mencetuskan kesan negatif yang bakal berlaku sepertimana yang telah dicetuskan oleh penjenayah antarabangsa, Amerika pada perang dunia kedua iaitu pada tahun 1945 dahulu. Kesannya berwaris, tragedinya kekal diingati hingga kini. Hebatnya kesan radioaktif yang terdapat dalam nuklear itu, menyebabkan ibu yang mengandung melahirkan anak yang cacat dan rumput-rumput tidak lagi tumbuh dalam satu jangka masa yang panjang bahkan hingga ke hari ini.

Nampak kesannya? Begitu juga dengan teknologi yang lain yang lebih kecil fungsinya dalam memberikan hasil samada sangat positif atau sangat negatif kepada kehidupan kita. Apa yang perlu kita buat bukanlah menafikan teknologi, akan tetapi mengolahnya mengikut acuan yang terbaik dalam dunia iaitu acuan Islam. Semua benda yang harus digunakan mestilah dimaksimakan faedahnya dan diminimakan kesan buruknya. Begitulah cara yang diajar oleh Islam sebagaimana telah tercatit dalam sejarah perkembangan tamadun di zaman khilafah-khilafah lalu yang bijak mengaplikasikan ilmu dari luar untuk faedah kaum muslimin.


Ketekunan cendikiawan muslimin suatu ketika dahulu, wajar disemai kembali

Sinonim dengan kehidupan kita sekarang, zaman yang mana handphone tidak lagi menjadi satu kelengkapan bahkan ianya sudah menjadi keperluan hinggakan kanak-kanak seawal usia 8-9 tahun sudahpun memiliki gajet itu. Entah apa keperluannya tidaklah saya ketahui. Lebih hebat lagi, mereka memiliki gajet yang saya sendiri pun tidak mampu untuk membelinya. Aduhai kanak-kanak moden, kalian sememangnya didatangi ujian yang begitu hebat ketika usia masih muda.

Saya secara peribadinya kurang bersetuju dengan cara ibu bapa yang begitu bermurah hati memberikan handphone untuk anak-anak mereka yang masih kecil. Tahap kanak-kanak itu masih tidak mampu menggunakan sepenuh akal mereka bagi membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Akibat yang lebih buruk mulai kita rasai dengan berita-berita anak remaja kita yang baru sahaja berusia 12-13 tahun sudah lari mengikut pasangan masing-masing dengan alasan cinta. Cinta itu tentu sahaja dipupuk menerusi alat telekomunikasi ini. SMS, MMS, panggilan suara, panggilan video dan berbagai cara lagi yang membawa kepada komplikasi cinta di usia mentah ini.

Satu lagi teknologi yang menjadi kewajipan untuk dimiliki di setiap rumah iaitu televisyen. Sewaktu dahulu, ada juga ustaz yang mengistilahkan benda ini sebagai berhala bersuara. Saya tidaklah ingin sama menggunakan istilah itu di sini kerana mungkin perkara ini menjadi suatu yang sensitif kepada mereka yang menagih dadah hedonisme secara tidak sedar ini. Situasi yang dapat kita lihat bilamana TV menjadi pengasuh kepada anak-anak kita di rumah. Perkara ini semakin menular selepas ada syarikat penyiaran berbayar mewar-warkan siri pendidikan untuk kanak-kanak.


Sebahagian aktiviti kanak sekarang adalah di hadapan TV.

Cara mendidik kanak-kanak yang terbaik terutamanya di bawah usia dua tahun adalah dengan sentuhan ibu bapa atau penjaganya bukan melalui imej di TV. Ini sepertimana kajian yang dibuat oleh Akademi Pediatrik Amerika yang mengharamkan TV untuk bayi berusia dua tahun ke bawah. Manakala menurut Pakar Perkembangan Hemisfera Otak Universiti Chicago, Dr Jerre Levy pula menekankan bahawa kemahiran menguasai bahasa dapat dipupuk dengan pembacaan dan komunikasi dua hala iaitu dengan ibu bapa dan keluarga dan bukannya dengan TV.

Dalam buku Critical Viewing of Television oleh Ibrahim M Hefzallah menerangkan bahawa rancangan TV yang kerap menunjukkan unsur seks yang kerapkali dijadikan sebagai simbolik kepada penghujung percintaan akan meracuni fikiran kanak-kanak bahawa cinta yang sejati itu hanya berakhir di atas katil. Jika masyarakat terdidik dengan pemikiran ini, tidak hairanlah perkahwinan hanya dilihat dari sudut seks semata-mata. Indeks perceraian juga meningkat akibat pasangan tidak lagi serasi kerana hubungan yang dibina atas dasar seks semata-mata tidak membawa keindahan yang berpanjangan.


Samseng, percintaan, dadah menjadi suatu impian untuk kelihatan lebih hero dari biasa.

Di Malaysia kini memandang bahawa industri filem kita akan maju jika kita lebih berani dan terbuka sebagaimana industri filem gergasi dunia. Lihatlah filem kita sekarang berbanding dulu. Adakah benar ianya membawa motif yang baik atau sekadar membiakkan lagi budaya yang dipamerkan seperti dalam filem itu. Lumba haram, seks bebas, dadah dan lain-lain masalah dilihat sebagai satu tindakan yang 'hero' oleh remaja-remaja. Saya akan mencebik jika ada pengarah mengatakan filem lawak bodoh percintaan garapan mereka membawa moral dan motif yang besar untuk diketengahkan kepada masyarakat. Anda boleh menilainya sendiri.

Hedonisme merebak dengan cepat sekali dengan cara ini. Bahkan ada keluarga yang dikategorikan miskin rela berhabis duit memasang ASTRO di rumah mereka walaupun kadang-kadang mereka terpaksa berlapar untuk menampung bil ASTRO yang sampai tiap-tiap bulan. Hedonisme merelakan mereka berlapar dari kehilangan rancangan TV yang mereka gemari. Adakah anda juga di kalangan mereka? Fikirkanlah dengan setulusnya.

Saya tidak mengharamkan TV, kerana di rumah saya juga punya TV walaupun tanpa ASTRO . Kerana perkembangan semasa boleh kita dapati melaluinya. Namun wajib bagi kita untuk menghadkan penggunaannya untuk mengelakkan keburukan yang sangat hebat melanda institusi kemanusiaan kelak.


Tontonlah dengan fikiran, jangan sekadar menontonnya dengan mata!

Saya teringat kisah Wall-E, iaitu robot yang mempunyai perasaan kemanusiaan ketika semua manusia tidak mengendahkan perasaan tersebut. Robot yang tidak mengikut sistem tatkala manusia-manusia lain seolah-olah diprogramkan. Selepas menonton filem ini, saya merasakan bahawa kadang-kadang kita perlu untuk bersusah-susah untuk menghargai alam sekitar tanpa menggunakan alatan elektronik agar nilai alam ini tidak luput dari naluri kemanusiaan kita dek kerana kaburnya mata oleh kecanggihan teknologi.

Langkaui masa hadapan untuk berfikir walaupun kaki kita masih di sini. Seeru Ala BarakaatiLLah.

http://www.benkareem.blogspot.com

0 comments.

Kad Dari UIN


Masih di dalam Syawal, lalu mode merasakan tidak menjadi suatu kejanggalan untuk mewakili teman Ikatan05 dari UIN untuk mengucapkan Salam Lebaran dan Maaf Zahir dan Batin. Maaf atas kelewatan ye..

0 comments.

Perlawanan Futsal Persahabatan

Batch kosonglima di Malaysia dalam usaha merancang untuk mengadakan satu perlawanan futsal menentang adik-adik batch 06. Perlawanan itu insyaAllah akan diadakan pada Ahad, 12hb Okt. 2008. Tiada apa yang diharapkan melainkan ukhuwwah anak-anak Darul Quran kian rapat dan dapat diterjemahkan kepada bentuk huluran tenaga yang bakal dihulur bagi membantu perjuangan.

InsyaAllah akan disertakan dengan gambar-gambar menarik selepas ini. Nantikan kehadirannya!!

KosongLimaFC
  • Ibrahim Abdullah
  • Zahid Mustafar
  • Saifuddin Asyari
  • Ziyad Zakaria
  • Ben Kareem
  • Mazani Muda (awang import)
  • Amir (Coach.. hehe)
Team 06
  • Sabri Mamat
  • Wan Zulkifli
  • Fadhli Rahmi
  • Amir Afiq
  • Hafiz Hanafi
  • Lukman
  • Muizuddin

0 comments.

XPDC Syawal


Lokasi : Bait Amir Omar(berkain pelekat). Selamber je die ek, hehe.@nggaya


Lokasi : Bait Ustaz Ayub, ni ada pertembungan ngan satu lagi kabilah ni, that's why jadi sendat tu.


Buat Ikhwah yang masih mengingati, rumah ni la yang kita pernah masak ikan patin ramai-ramai tu. Tuan rumah dia yang paling hujung.. Ust. Mat Rani..


Yang ni anak bongsu ust. Mat Rani.. Penuh strategi ni, ader je benda yang die buat untuk nak keluar rumah. Pasal tu ust. Mat Rani kunci senyap rumah die masa kitorang sampai. Anak die banyak taktik rupenye. hehe@senam


Yang ni plak, tak payah cakap la.. Terpaksa ambik gambar berdua, yang lain ala-ala malu nak masuk. Maklumlah, beraya rumah pengantin baru ni.


Dalam hati ni, punyalah besar perancangan untuk kumpulkan seberapa ramai ikhwah-ikhwah yang lain, tapi tak kesampaian. Maklumlah, separuh dah terbang ke Indonesia, suku masih berada di Syria, suku lagi di KIAS, sorang di Yemen, sorang di Mekah, sorang di UK dan juga tempat-tempat lain. Namun, biar di mana pun kalian berada, ukhuwwah kita tetap akan utuh sampai bila-bila. Salam Syawal, maaf Zahir Batin.

P/s: Selamat Pengantin Baru buat ukhti Nor Hidayah Hambali dan Akh Mohd Miqdad bin Zakaria. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan berkekalan hingga ke alam ukhrawi.

0 comments.

Salam Syawal

Assalamualaikum.. Salam Eid Mubarak buat semua teman-teman X-DQ 05.. Dikesempatan ni, saya selaku mod kepada blog ini mengalu-alukan sebarang e-kad raya yang teman-teman semua ingin kongsikan di sini. Caranya mudah saja, hanya dengan meng'attach file'kan e-kad raya itu ke dalam ruangan 'karang mel baru' atau 'compose' dan mengirimkan kepada mod melalui emailnya yang tidak seberapa ini. algelami@gmail.com.
@ehsan01Mod yang baik hati ini akan seberapa segera meng'upload'kan e-kad anda di sini. Sekian, terima kasih.

Ini e-kad pertama, untuk tatapan bersama upload ikhlas dari pihak mod sendiri. Jangan berebut, semua dapat tengok insyaAllah. :snow05:


Kad ini di reka khas untuk tatapan teman-teman sekalian. Kad ini direka dengan penuh keikhlasan. Harap maklum.

0 comments.

Ketidakpastian Yang Disengajakan



Menanti sebuah malam.


Menanti atau mencari dan memburunya?


Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.


Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.


“Mengapa tidak ditetapkan sahaja satu malam yang khusus bahawa itulah malam Lailatul Qadar?”, ada yang bertanya.


“Anta cadangkan malam yang mana?”, saya pun bertanya seada-adanya.


“Malam 27 barangkali”, katanya.


“Maka beruntunglah penjual minyak tanah dan pelita untuk malam tujuh likur itu ya!”, saya bergurau.


“Eh, ke situ perginya ustaz”, kata beliau.


KEKELIRUAN E-BACAAN (ANTI HADITH)


Saya terbaca sebuah artikel yang dikarang di halaman web e-bacaan yang menolak hadith-hadith Nabi SAW termasuk hadith berkaitan Lailatul Qadar. Ulasan penulisnya mengatakan bahawa penantian atau pencarian Lailatul Qadar itu adalah sia-sia kerana kesemua hadith berkaitan, bertentangan di antara satu sama lain. Walhal hadith-hadith itu adalah himpunan dialog dan penjelasan Nabi SAW tentang Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya 9 kali ketibaan Ramadhan di sepanjang hayat Kerasulan Baginda SAW. Setiap hadith itu diungkapkan pada tahun-tahun yang berbeza, bukannya saling bertentangan seperti yang terfahamkan oleh golongan anti hadith ini.


Soalnya, bagaimana kalau ketidakpastian itu suatu kesengajaan? Ia bukan kejahilan tetapi ada rahsia besar di sebalik semuanya?


MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI


Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama. Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.


Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya.


Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan. Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.


Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.



LIPATGANDA


30 hari yang terlalu panjang itu mungkin berat untuk sebuah pencarian. Justeru Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar Lailatul Qadar yang tidak pasti itu pada malam-malam 10 yang terakhir. Lantaran ia hadir pada malam-malam yang tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Malam Lailatul Qadar.


Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa.


Kesungguhan yang diperlukan untuk sebuah kehidupan yang pasti ada jangka masa, tetapi persoalan bila itu dibiarkan sebagai sebuah ketidakpastian. Mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang mukmin memajukan sebuah kehidupan.


Memikirkan peluang beramal berakhir pada jangka waktu yang tidak pasti, Nabi SAW memberi ingatan kepada kita agar mengerjakan solat dengan “SOLAT PERPISAHAN”. Bayangkan setiap solat yang didirikan sebagai solat terakhir kita, kerana mati itu tidak pasti. Kerana kita mati sentiasa di antara dua solat…


Ketidakpastian yang mendesak kesungguhan juga perubahan.


“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)


Dipetik dari www.saifulislam.com

0 comments.

Malasnya Kita Membaca

Dalam post kali ini saya ingin menarik perhatian ramai mengenai amalan atau tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara pada 2005 mendapati lebih daripada separuh jumlah 60,441 (survey secara rambang) rakyat Malaysia membaca kurang daripada 7 muka surat setiap hari. Ini bermakna rakyat Malaysia yang berumur lebih dari 10 tahun ke atas membaca kurang daripada 2 buah buku setahun (tidak termasuk buku teks bagi pelajar atau buku yang berkaitan dengan kerja untuk dewasa).

Lebih mengejutkan, hampir semua yang mengaku diri mereka mempunyai hobi membaca, hanya meluangkan masa kurang daripada 3 jam seminggu membaca samada buku ataupun majalah.


(sumber: ozandends.blogspot.com)

Survey juga menunjukkan 55% yang berusia lingkungan 10 hingga 24 tahun menjadikan membaca sebagai tabiat berbanding hanya 39% bagi umur 25 hingga 56 tahun dan hanya 6% untuk 57 tahun ke atas. Ini bermakna semakin kita tua, semakin malas kita untuk membaca.

Rata-rata menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menonton TV, wayang, video atau radio berbanding membaca.

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana ketika ini terdapat pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di TV sehingga menyebabkan anak-anak muda dididik (secara tidak langsung) dari kecil supaya tidak dijadikan sebagai suatu amalan atau rutin.

Saya yang kadangkala menaiki kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya hairan mengapakah penumpang lain tidak menggunakan masa yang terluang ketika menaiki kenderaan awam untuk membaca ataupun ketika menunggu di perhentian bas atau stesyen LRT, komuter, monorel dan sebagainya. Bukankah ianya lebih bermakna berbanding duduk diam tanpa melakukan apa-apa ataupun bermain games di handphone mereka.

Saya yang sering berkunjung ke salah sebuah kedai buku terpakai terkemuka mendapati hanya beberapa orang pengunjung (foreigners) sahaja di dalamnya setiap kali ke sana sedangkan buku yang dijual adalah sangat murah dan masih berkeadaan baik. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana buku yang dijual di kedai buku di negara ini sebenarnya agak murah berbanding di luar negara tetapi malangnya kita gagal untuk memanfaatkannya.


(sumber: associatedcontent.com)

Namun begitu, nasib baiklah ada internet yang mampu menyalurkan sumber informasi kepada kita semua. Walaupun tidak semua yang memanfaatkan penggunaan internet bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, saya percaya kita semua terkena tempiasnya samada kita sedar ataupun tidak.

Dipetik dari Slumberaja

0 comments.

Separuh Masa Kedua Piala Taqwa

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]


Sahabat,


Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.


Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?


Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.


Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.


Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.


Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.


Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?


“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Saiful Islam

0 comments.

Road To UIN


Sahabat Ikatan05 di airport Kuala Terengganu & KLIA.

Salam mahabbah buat ahli Ikatan05 semua, kat sini adalah antara 'postingan' terawal dari sahabat kite kat Indonesia untuk tatapan semua yang pernah bersama-sama mengaji di MDQ dan keluar pada tahun 2005. Ai, macam taksub la pulak bunyinyer ye.. hehe.
@ehsan01


Sahabat Ikatan05 sewaktu sessi pendaftaran.

Apapun, moderator tidaklah meletakkan kata kunci atau 'password' kepada yang ingin melihatnya kerana gambar-gambar ini dapat dilihat secara bebas jika anda melayari weblog ini. Apapun, mod (akronim moderator) mengharapkan agar gambar yang dilihat ini bukan sekadar halwa pandangan semata-mata. Tapi lihatlah ia dengan pandangan yang penuh rasa mahabbah dan moga-moga kita tidak hanya bersahabat sampai ke mati, bahkan doakan ianya berterusan hingga ke Syurga. (mod merasa sedikit terharu)


Sahabat Ikatan05 di bangunan fakulti Syariah & Usuluddin Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Untuk akhirnya, ucapan terima kasih diucapkan kepada teman<--(emel penghantar gambar) dari Indonesia yang tersangat la rajin untuk berkongsi dengan kita hasil karya beliau dan mod sentiasa mengharapkan agar semangat yang ditunjukkan oleh teman Indonesia kali ini dapat di contohi oleh semua ahli ikatan05 yang lain. Marilah kita sama-sama mengeratkan semangat persaudaraan ini semoga dengan semangat itu, akan membawa kita sama-sama bernaung di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya. Ameen.

Seeru ala barakaatillah.




0 comments.

Bahasa Untuk Shakaijin - Mesti Baca

“Wakarimasen ¹!”, itu sahaja ungkapan awal yang saya hafal.


“Nihongo wa hanasemasen²”, satu lagi ayat penyelamat.


Saya tidak boleh berbahasa Jepun.


Walaupun saya boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Turki, semuanya tidak berfaedah di sebuah negara bernama Jepun.


Minda Jepun ialah, setiap yang datang ke Jepun, adalah yang berhajat kepada Jepun. Maka menjadi tanggungjawab setiap yang datang itulah untuk belajar Bahasa Jepun, belajar tentang Jepun. Dek kerana apa yang ada pada Jepun, pendirian sebegitu tidak menjadikan orang lari daripada mereka. Dunia datang ke Jepun, biar pun dengan kepayahan.


Seminggu berada di Jepun, saya yakin ia cukup untuk saya membuat beberapa kesimpulan. Antaranya ialah, pelajar Malaysia di Jepun rata-ratanya fasih berbahasa Jepun. Tiada yang saya ketemu tergagap-gagap menuturkan Nihongo.


Mungkin bagi orang lama, mereka lebih menguasai selok belok Bahasa Jepun halus dengan contengan-contengan hiragana dan katakana yang rumit. Tetapi umumnya, keupayaan pelajar Malaysia berbahasa Jepun itu memuaskan.


Saya bertemu dengan fenomena ekstrim ini juga di Indonesia, apabila pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana nampaknya dapat menggarap dengan baik bahasa Jawa halus dan kasar.


Saya memerhatikannya.


NEGARA ARAB DAN INGGERIS



Fenomena ini berbeza dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di negara yang berbahasa Arab dan Inggeris.


Jelas sekali ada perbezaan yang ketara di antara pelajar yang fasih menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, berbanding dengan rakan-rakan lain yang tidak menguasainya. Suatu perkara yang umumnya terpaksa ditelan, boleh sahaja pelajar Malaysia yang bertahun tinggal di negara Arab, tetapi tidak mampu berkomunikasi di dalam bahasa itu, pada dialek mahu pun yang baku.


Bahasa Inggeris pun sama juga.


Mengapakah keadaan ini berlaku?


TERKENANG


Saya terkenang kembali kepada nasihat senior semasa saya masih di bangku sekolah menengah.


Beliau yang telah sedia berada di Mesir, menasihati saya supaya mencari negara lain, jika serius mahu menguasai Bahasa Arab. Di Mesir itu bukan tidak boleh, tetapi jalannya payah. Itu pesan beliau.



Itulah salah satu sebab utama, mengapa saya memilih pengajian di Jordan. Mahu tidak mahu, disebabkan oleh jumlah pelajar Malaysia yang amat sedikit (sekitar 300 orang di seluruh Jordan pada tahun 1993), maka peluang untuk menguasai Bahasa Arab itu lebih terbuka. Tambahan pula dengan kecenderungan orang Jordan sendiri yang tatkala bercakap dengan orang asing, atau berucap dan berkuliah (bertutur dengan minda sedar), maka mereka dengan sendirinya akan membakukan Bahasa Arab masing-masing.


Tetapi suasana di Jordan itu umumnya juga tidak cukup menekan.


Tatkala pelajar Malaysia bertambah ramai hingga mencecah ribuan orang pada pertengahan 90an, fenomena hilangnya kemampuan pelajar Malaysia bertutur di dalam Bahasa Arab menjadi ketara.


UZLAH


Semasa di tahun dua dan tiga pengajian, saya telah mengundurkan diri dari dunia Malaysia di Jordan. Banyak masa diluangkan bersama rakan non Melayu dan ketika itulah saya menggarap momentum untuk memperbaiki penguasaan tiga bahasa serentak. Saya cuba membina keyakinan bertutur di dalam Bahasa Arab, mencari peluang untuk menggunakan Bahasa Inggeris agar tidak hilang, dan memulakan proses mengenal, belajar dan mempraktikkan Bahasa Turki.


Dua tahun itu penting buat saya.



Ketiga-tiga bahasa itu diperbaiki berbekalkan TEKANAN. Kerana adanya tekanan itulah, maka saya menghasilkan keterpaksaan diri untuk menguasainya.


SURVIVAL DIRI


Tekanan itu selalunya muncul dalam format survival. Saya memerlukan bahasa-bahasa tersebut untuk survival diri.


Inilah pada kiraan saya, punca kepada datangnya upaya pelajar Malaysia di Jepun menguasai Bahasa Jepun, atau pelajar-pelajar perubatan di pulau Jawa menguasai Bahasa Jawa Kasar dan Halus mereka. Bahasa itu perlu dikuasai demi survival. Dengan bahasa itu sahajalah mereka dapat belajar, mengendalikan praktikal, malah untuk makan minum dan seluruh aspek kehidupan. Mereka tidak boleh bertahan tanpa bahasa.


Demi tekanan inilah, belajar bahasa di negara bahasa itu dituturkan menjadi suatu kelebihan dan kemestian barangkali.


“Habis, kenapa bertahun duduk di negara Arab itu masih ramai yang tidak mampu bertutur dengan Bahasa Arab?”, bual rakan saya tatkala kami memperkatakan tentang hal ini.


“Iaitu apabila tekanan dihapuskan!”, saya sendiri cuba mencari jawapannya.


“Bagaimana?”, tanya lagi.


“Menghilangkan rasa perlunya bahasa itu dikuasai dengan baik. Rasa tak bersalah, tak berdosa”, susah cakap berlapik. Elok berterus terang sahaja.


Tekanan yang sepatutnya boleh ditawarkan oleh negara Arab kepada pelajar Malaysia yang menuntut di situ boleh dihapuskan dengan pelajar itu sendiri menurunkan standard mereka. Tanpa sedar, matlamat yang diletakkan hanyalah pada upaya lulus (sekadar lulus) dan balik ke Malaysia dengan kelulusan itu.


Bahasa untuk lulus peperiksaan memang tidak ke mana.


Tidak rasa bersalah, kalau bermasalah membaca kitab.


Tidak rasa bersalah, kalau bermasalah dalam menuturkan Bahasa Arab.


Sama juga dengan pelajar di alam Inggeris. Tatkala bidangnya itu sendiri ada di Malaysia, penaja melaburkan nilai gandaan menghantarnya ke luar negara, namun tanpa rasa bersalah pelajar itu pulang hanya dengan nilai sekeping ijazah. Lazimnya tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, ia petanda pelajar itu tidak menggarap kehidupannya dengan baik semasa di perantauan.


Sedangkan latihan survival itulah nilai yang sepatutnya dibawa pulang. Ukurannya ialah pada keupayaan berbahasa.


“Bagaimana kalau tekanan itu sememangnya tiada?”, soalan ini lazim untuk kebanyakan kita.


“Adakan tekanan. Datangkan tekanan itu!”, itu cadangan saya.


Terkenang kembali kepada pelajar China Muslim yang saya temui di Jordan lama dulu. Beliau menulis semua perkataan Arab yang baru dipelajarinya di tangan dan tidak di kertas. Tujuannya ialah untuk menghasilkan tekanan.


“Kalau saya tulis di kertas, saya akan lupa. Tapi kalau tulis di tangan, saya mesti pastikan saya ingat sebelum saya mengambil wudhu’ nanti”, jawabnya semasa saya bertanyakan perbuatannya menggosok tangan ketika berwudhu’ di Masjid Universiti di Amman.


MEWUJUDKAN TEKANAN



Saya wujudkan tekanan dengan bermusafir sendirian di Turki. Biar sebulan tiada nasi dan tiada Bahasa Melayu.


Saya wujudkan tekanan dengan memberanikan diri menerima jawatan Imam di Belfast Islamic Centre. Biar berkerut dahi saya berkhutbah, mengajar kitab, berdialog dan berkomunikasi penuh di dalam Bahasa Inggeris. Sesekali dengan dialek Northern Irish.


Saya wujudkan tekanan dengan menguzlahkan diri meninggalkan komuniti Malaysia di Jordan. Biar sakit kepala mencari kalimah, demi Bahasa Arab yang kerananya saya datang ke Jordan.


SESUNGGUHNYA


Keberadaan pelajar Malaysia di Jepun bukan sekadar untuk hidup sebagai GAKUSEI³ biasa, namun harus bersedia untuk SHAKAIJIN° yang MUKMIN lagi PROFESIONAL…


Seeru ‘ala barakatillaah!


ABU SAIF


(¹) Saya tidak faham
(²) Saya tidak boleh bertutur Bahasa Jepun
(³) Pelajar
(°) Anggota masyarakat yang berketrampilan

0 comments.

Persaudaraan Islam, Syarat Memasuki Syurga


sekadar gambar hiasan

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain . Ia merupakan ikatan rabbani , ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah” . (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat .

Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi , satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain . Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit , maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya .


sekadar gambar hiasan

Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah , Islam telah menjelaskan cara-cara begaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan dibibir atau teori semata-mata .

1. Ukhuwwah ( yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw. yang bermaksud :
“Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya , nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih , jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan , dan apabila (temannya itu) memperingatkannya , ia akan menolongnya” .

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan : “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka , kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula , ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama , turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah saw:
“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya ( dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda ) amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini” . ( Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih ) .


3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah saw . :
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat . Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat . Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya” .


4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas . Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw. bersabda :
“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam , (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya , (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ) , (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi , dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan , kasih sayang dan saling bantu-membantu . Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud : “ Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang”.

Rasulullah saw. bersabda :
“Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim , janganlah kamu saling belakang-membelakangi , janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad . Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara . Tidak halal ( haram ) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya ( yang mukmin ) melebihi tiga hari” .

Rasulullah saw. juga bersabda :
“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan , walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu ( kerana itu juga satu kebaikan ) . ( Hadis riwayat Muslim )

Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda :
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah . Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air” . (Hadis riwayat Al –Tirmidhi)

Selain itu Rasulullah juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah . Sabda Nabi yang bermaksud :
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan” . (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw. bersabda :
“Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat” . (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya . Ini penting kerana dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud : “Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab , terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya , lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa : Amin , dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu” .

Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita , sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya . Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita .


sekadar gambar hiasan
Penutup :

Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam , lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius . Inilah rahsia kejayaan Nabi , para sahabat dan golongan salaf sebelum kita , yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia . Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.

Ustaz Zahazan Mohamed

0 comments.

Adab Membaca Al-Quran Sepanjang Ramadhan


1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.

4. Mengadap ke arah kiblat.

5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.

6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.

7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat

8. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa

9. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

10. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

11. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu

Ustaz Zahazan Mohamed

0 comments.

Demi Islam, Ceriakanlah Dirimu!

“Tapi ustaz, susah untuk saya survive. Kami di Jepun selalu menyewa bilik sendirian”, keluh seorang muslimah di Jepun.


Saya memahaminya.


Dalam suasana pembelajaran di negara asing, sering terjadi pelajar tercampak ke suasana yang tiada persekitaraan solehah untuk menyokong iman. Tiada solat berjemaah, tiada makan bersama-sama, tidak mendengar suara muazzin membesarkan Allah di udara… segalanya itu mengundang kosong di dalam diri.


Suasana itu sahaja pun sudah cukup untuk menimbulkan faktor tekanan dan kemurungan.


DUNIA ASING


Keadaan seperti itu membimbangkan saya yang lama berada di tengah-tengah masyarakat pelajar. Mereka diakses kualiti intelektual untuk melayakkan diri menerima penajaan belajar di negara asing, tetapi penekanan kualiti emosi masih ketinggalan. Apatah lagi dengan pendekatan yang membelakangkan kualiti spiritual sebagai sumber kekuatan utama.


“Justeru awak memonyokkan muka sepanjang masa?”, saya membalas dengan pertanyaan.


Muslimah itu mendiamkan diri seketika.


“Inilah yang sering saya pesankan terutamanya kepada mahasiswi seperti ukhti. Mengapa selepas mendapat kesedaran Islam, kamu semua suka bersedih?”, saya menyambung perkongsian.


Memang benar, jalan Islam itu penuh rintangan.


Tiada karpet merah, tiada bunga manggar atau kelopak potpuri yang mengiringinya. Justeru jalan itu bukan jalan indah seperti yang diinginkan.


Tetapi keindahan ialah terjemahan perasaan hati, bukannya sekadar ilusi pandangan mata.


Dakwah Nabi SAW yang sangat manusiawi, ceria dan ada gurau senda itu indah dibaca, dan keindahannya tidak pernah datang dari faktor-faktor sampingan itu. Ceria atau tidak, adalah kualiti manusia. Kualiti hatinya.


Mengapa kerana mengikut Sunnah, kalian hilang ceria?


TIDAK MUDAH


Tidak mudah untuk seorang pelajar yang melakukan transisi dari ‘alam jahiliah’ ke ‘alam Islam’ untuk menyesuaikan diri mereka.


Suasana itu akan jadi lebih menekan apabila kita hidup di tengah-tengah masyarakat Jepun yang umumnya dikaitkan dengan budaya “MOKUNIN” yang sering menjadi mimpi ngeri warga asing di sana. Mokunin itu adalah suatu sikap ‘tidak mahu masuk campur’ yang bukan sahaja disengajakan, malah dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh orang Jepun kerana tidak mahu terjebak di dalam masalah orang lain.


Kemurungan yang dialami akan menjadi lebih teruk apabila pelajar muslim dan muslimah kita tidak mendapat saluran sokongan diri.


LELAKI VS PEREMPUAN


Jika mahasiswa yang lelaki, mungkin perubahan diri itu tidak begitu menonjolkan kelainan. Dia boleh terus berpakaian seperti sebelumnya, rambutnya masih boleh terus disikat mengikut gaya sebelumnya. Dia juga tidak pernah dituntut untuk menukar ‘aku engkau’ kepada ‘ana anta’ sebagaimana tiada siapa yang pernah memaksanya berhijrah kepada ‘I you’.


Berbeza sekali dengan yang perempuan.



Kesedaran Islam membawanya kepada perubahan yang tertonjol secara ‘full display’. Daripada tidak bertudung kepada bertudung. Daripada memakai tshirt lengan pendek, kepada bersarung lengan atau terus meninggalkan tshirt. Dan jika kesedarannya terhadap Islam diiringi dengan kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah, tudung dan bajunya juga selalu mengalami transisi. Dari ikan bawal kepada ikan pari, dari tiga segi kepada bulat menutup diri.


Perubahan itu secara rela atau paksa, terpaksa berdepan dengan ‘garis pemisah’, menonjolkan dirinya yang baru.


“Sebab itulah ustaz, saya tak nak ubah pakaian saya. Lebih selesa kekal begini”, jawab muslimah itu di dalam sesi dialog kasual saya dengan peserta Muslimah.


“Saya faham. Tetapi pakaian tetap akhirnya menjadi faktor sekunder kepada mesej dakwah awak”, jawab saya.


PAKAIAN ITU SEKUNDER


Tidak dinafikan, perbezaan pakaian akan memberikan impression yang berbeza. Jika dahulunya kita Minah Jeans, tetapi tiba-tiba berjubah dan bertudung besar, tentu sahaja circle teman-teman sebelum hijrah akan berasa kekok. Semacam ada barrier yang memisahkan.


Maka faktor pakaian memang ada peranannya.


Namun pakaian yang diubah suai tetap sekunder, dan bukan faktor utama.


Teringat saya kepada rakan-rakan yang mengikuti Jemaah al-Arqam pada era pertengahan 90an dulu. Mereka yang membina imej tersendiri dengan lelaki yang berjubah dan berserban khusus, serta muslimat mereka yang berjubah dan berpurdah, menjadikan kehadiran mereka sentiasa unik lalu tertonjol. Tetapi apabila al-Arqam diharamkan pada akhir 1993, mereka mencuba beberapa idea dari segi berpakaian untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru itu.


Bermula dengan menukar warna Jubah dari yang gelap kepada jubah dan serban putih di kalangan muslimin, hinggalah kepada kemudiannya berbaju batik dan bersongkok untuk mengubah konotasi pakaian mereka. Namun apa yang lebih mengejutkan saya ialah apabila muslimat mereka mengubah warna jubah dan purdah dari hitam, kelabu, perang tua yang dianggap sebagai suatu pemencilan, kepada warna merah, kuning terang, merah jambu, hijau terang…. sungguh flamboyan!


Hanya mereka yang tahu apakah motif perubahan itu.


Tetapi jika penukaran warna dari hitam kelabu kepada merah dan ungu, adalah untuk menghapuskan elemen pemencelin, saya merasakan ia sebagai suatu pemencilan baru yang lebih daring dan membina barrier yang lain pula.


Justeru, akhirnya kita kembali kepada asas manusia, bahawa kita saling berhubung dengan kelakuan dan perbuatan. Dengan akhlaq.


AKHLAQ PENENTU


Jika kita mengekalkan pakaian yang sama dengan ‘kawan lama’ sekali pun, tetapi jika kelakuan kita berubah, maka berubahlah kita. Masih berpakaian serupa tetapi dingin, hilang kemesraan, sentiasa bermasam muka dan berkerut dahi kerana kononnya menanggung masalah umat, sudah tentu kita akan tetap menjadi orang asing. Pakaian tidak lagi membantu.


Akan tetapi, jika kita memilih jubah dan tudung labuh sekali pun, namun kekal dengan sikap ramah tamah, mesra, ikhlas dalam bersahabat, dan ceria selalu, maka mad’u tidak lagi terperangkap di dalam pandangannya kepada pakaian kita, kerana telah diruntuhkan oleh kelakuan yang menyenangkan.


Justeru, ceria-cerialah wahai dai’e! Jangan bermasam muka, bermuram durja.


Mengapa selepas kalian mengenal Islam, wajah berubah menjadi mendung? Mengapa asyik menangis hingga kesedaran Islam kamu ditafsirkan oleh ayah atau ibu sebagai suatu ‘penderaan emosi’? Anak yang dahulunya tidak bertudung, ceria bersama keluarga dan boleh bergurau senda bersama, mengapa selepas ‘mendapat Islam’ dan bertudung, berubah menjadi penyedih, asyik menangis dan sentiasa tertekan?


Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?


Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)


Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.


Dipetik untuk manfaat bersama dari Saifulislam.com

0 comments.

PENGENALAN

Blog Ikatan05 ini telah diwujudkan bukan atas dasar 'asabiyyah lepasan, akan tetapi ianya adalah sebagai satu wadah dalam memastikan ikatan ukhuwwah antara kami tidak akan berakhir begitu sahaja.

Bersama selama tujuh tahun di Ma'had Darul Quran, Rusila tidak menjamin hubungan antara kami semesra dulu, terlalu banyak perkara yang berubah dari secepat-cepat perubahan seperti saiz hinggalah selambat-lambat perubahan iaitu menjadi ulama yang berjuang di jalan Allah.

sekali lagi ditegaskan di sini, blog ini bukanlah sekadar membincangkan topik memori sewaktu remaja sahaja, bahkan ianya adalah salah satu proses untuk memantapkan ukhuwwah dan tarbiyyah yang tidak akan dapat jika dijuangkan secara individu.

Selaku pengelola sementara weblog ini, saya mengalu-alukan sebarang sumbangan artikel ilmiyyah, tarbiyyah, tazkirah, santai, sajak dan pelbagai bentuk lagi. Segala artikel yang ingin dikongsi bolehlah dihantar ke e-mel saya : algelami@gmail.com.

Salam mahabbah dari saya buat semua sahabat-sahabiah para da'ie sekalian. Berukhwah kerana Allah pasti akan indah sampai bila-bila. Seeru Ala Barakatillah.

0 comments.