Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Cadangan Bertulis.

Berikut adalah antara cadangan-cadangan yang diterima oleh pihak penganjur :

- Menganjurkan liqa' dua tahun sekali
- Mendapatkan maklumat sahabat-sahabat 05 dengan segera
- Menghimpunkan juga awal i'dadie 99
- Melantik moderator blog bagi mewakili IPT dalam dan luar negara
- Mengusahakan satu dana yang boleh digunakan untuk membantu MDQ dan sahabat-sahabat yang memerlukan.
- Menjadikan blog sebagai medium utama untuk sentiasa mengetahui keadaan semasa sahabat-sahabat.
- Mempergiatkan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim.
- Menjadikan blog ikatan05 ini sebagai blog yang penuh informasi.

Sebarang cadangan tambahan boleh disalurkan melalui Chatbox atau ruang komen.

0 comments.

Liqa' Aidilfitri

Kemeriahan dalam kesederhanaan. Itulah yang dapat digambarkan dalam liqa' Aidilfitri lalu. Entry kali ini sepatutnya dapat dipaparkan sejurus selepas liqa' itu berlangsung, oleh kerana tidak punya kesempatan waktu, maka ianya terpaksa dilewatkan.

Dalam kekalutan persiapan untuk menjayakan program tersebut, ianya berjaya juga dijalankan dengan kerjasama dan komitmen sahabat-sahabat Rabie 05 yang tidak berbelah bagi. Sebagai program perintis kepada aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan ukhuwwah serta mengumpul tenaga dalam menyumbang kepada MDQ dan masyarakat atau jemaah, ianya dilihat positif dengan kehadiran ramai sahabat-sahabat walaupun kelibat sahabat dari luar Terengganu tidak kelihatan.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah diputuskan iaitu liqa' ini akan diadakan dua tahun sekali dengan persiapan yang dibuat dengan lebih terperinci dan teratur. Ketua juga dilantik pada hari tersebut untuk memudahkan urusan. Dengan sebulat suara, sahabat-sahabat 05 telah bersetuju untuk memilih Ahmad Amir Omar dan Raja Sumayyah Raja Ibrahim bagi mengepalai Alumni Rabie' 05.

Terdapat beberapa cadangan juga yang dilontarkan sebelum pertemuan ini berlangsung akan tetapi tidak dapat dibentangkan disebabkan masalah kesuntukan masa. Segala cadangan itu diserahkan secara bertulis kepada ketua baru Alumni Rabie' 05.

Sebarang cadangan atau komentar boleh dibuat di ruangan komen yang telah disediakan. Terima kasih.

P/s: Gambar akan diupload esok.

1 comments.

Liqa' Aidilfitri

Antara yang hadir..

1 comments.

Buat Semua Rabie Thanawi 2005


Klik Untuk Saiz Maksima

Pakat gie blake r, jangan lupa bawak keluarga bagi yang dah berkeluarga... Ada hadiah spesel untuk anak-anak sedare ayah de ni. Hehe

0 comments.

Catatan Program (KPH)


Ustaz Mat Saril sedang memberi taklimat

Kem Pelajar Harapan adalah satu nama yang saya sendiri berikan kepada program anjuran Badan Disiplin Maahad Darul Quran yang dipengerusikan oleh ustaz Mat Saril Jusuh. Program ini adalah inisiatif Badan Disiplin MDQ untuk mentarbiyah dan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar yang punya kes-kes disiplin samada berat ataupun ringan.

Secara mudah, bahasa rakan-rakan sebaya mereka ialah sek-sek samseng@megang (sesetengah dari mereka, bukan semua) dan bahasa bagi orang yang punya sedikit kematangan adalah budak-budak nakal. Walau apapun istilahnya, saya merasa terpanggil untuk menulis tentang ini kerana saya dapat merasakan bahawa bagi sahabat-sahabat yang telah tamat pengajian mereka di MDQ khususnya batch saya sendiri dan akhass-nya bagi muslimat batch saya iaitu perlunya mempunyai hasrat untuk membantu pentadbiran (sila baca Islam) dalam menjayakan tarbiyyah kepada adik-adik kita.

Program yang diadakan di Taman Pertanian Sekayu itu, disertai lebih 80 orang peserta banin dan banat. Rata-rata mereka dari i'dadie dua hingga ke thanawi tiga. Pada saya, mereka masih boleh dibuat berkira jika hendak dibandingkan dengan sekolah lain yang mungkin bahkan jauh lebih teruk masalah disiplinnya dari mereka. Cuma, mereka akan dilihat sebagai bermasalah besar kerana mereka bersekolah di sekolah yang dinaungi parti Islam dan tarbiyyah menjadi asam garam perjalanan 7 tahun itu. Hasanaatul Abrar Sayyi'aatul Muqorrobin.


Turut kelihatan dalam gambar, ustaz Abu Bakar Soleh

Walaupun pada pengamatan saya, tindak-balas dan reaksi hyper-aktif dari peserta khususnya muslimat jauh lebih terkedepan berbanding banat batch 2005 (ini bukan petanda baik), saya cepat menanam sedar bahawa saya tidak lagi berada pada tahun 2005. Bii'ah saya tidak lagi dikelilingi oleh kekonservatifan zaman yang mana sebuah telefon bimbit Nokia 3310 masih berharga sekitar 300-400. Sekarang segala-galanya pantas. Sepantas mulut mereka berbicara apabila fasilitator sedang berbicara di depan.

Contoh :-
Fasilitator : Eh, awak ni bukan adik Tijah (bukan nama sebenar) ke?
(belum sempat yang ditanya menjawab, sahabatnya yang lain tangkas menjawab dahulu)
Kawan-kawannya : Ye r ustaz, adik Tijah r ni, bakpe? Ustaz nak ke Tijah ke?

Ini adalah contoh bicara yang sempat dirakamkan di minda saya yang dialami oleh seorang sahabat saya. Bagi yang masih kekal konservatif, cepat benar mereka menghukum. Bunyinya seperti : "Teruklah budak-budak ni, x macam kita dulu. Ish, kalu saf-saf kita yang jawab camtu, soheh biru mulut kena lempang.." Terbakar bunyinya..

Dalam dakwah, kesabaran dan sikap memahami kondisi mad'u adalah sangat-sangat penting. Bilamana kita tidak memahami mad'u, nescaya cakap kita akan mengandungi unsur-unsur s.s (Syok Sendiri) dan unsur ini sangat tidak disukai oleh mad'u terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah disiplin.

Apa yang saya mohon dari cerita-cerita di atas adalah kesudian sahabat-sahabat dari batch 2005 ini khususnya agar dapat menghulurkan sumbangan idea, tenaga, masa, wang ringgit dan sokongan moral agar jalan tarbiyyah ini tidak kosong. Tidak kira anda X-PPDQ, X-BPDQ, X-AJK Lajnah, X-pelajar biasa, X-pelajar bermasalah dan segala macam X lagi, jagalah adik-adik kita agar ianya dapat mengisi kelompongan ruang ulama'-ulama' yang bakal memimpin negara kelak.

Jika ada sebarang cadangan, saya mohon, tolong, tolong dan tolong panjangkan kepada email saya, usama_ben_kareem@yahoo.com.my atau algelami@gmail.com.

P/s : Blog ini mendapat perhatian ustaz Rozie Ali yang bertanya khabar sewaktu program KPH tempoh hari. Makluman juga bagi mereka yang punya kekosongan, Hari Khamis, 30hb Julai 2009(hari ini) hingga Sabtu ini, MDQ telah menganjurkan program Akademi Kepimpinan Pelajar khusus kepada PPDQ dan para pelapisnya. Bagi yang punya kekosongan, boleh hulurkan bantuan. Sila hubungi Amir Omar (013-215 9094).

0 comments.

Penamaan Calon PRK P036


Perjalanan dari rumah tempat saya menginap menuju ke depan Pejabat Pendaftaran.

Kira-kira seawal jam 7 pagi, telah kelihatan pihak polis mengawal laluan di Jalan Pusara, Jalan Kamaruddin, Batu Buruk dan sekitar Bulatan Ladang. Memang sudah dijangkakan bahawa kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding begitu ramai.


Menuju ke Stadium Negeri

Saya bersama kawan-kawan seKUDQI dan penyokong PAS lain terlebih dahulu berkumpul di depan Pejabat Pendaftaran Negara di belakang berek polis. Sementara menanti ketibaan pimpinan utama, saya cukup terhibur dengan gelagat mereka yang hadir ke majlis penamaan calon hari itu. Pelbagai ragam, ada yang lantang dengan slogan rekaan sendiri, ada yang datang dengan motor disamping menanggung bendera bulan yang bersaiz gergasi dan berbagai gaya lagi.

MB Selangor muncul tanpa kawalan keselamatan yang ketat

Pada hari itu, pimpinan dan yang dipimpin cukup erat. Di celah-celah orang ramai, muncul satu demi satu figura yang menjadi antara watak-watak penting dalam kancah politik negara. Datuk Paduka Husam Musa, Tan Sri Khalid-MB Selangor, MB Kedah-Ustaz Azizan, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan ramai lagi pimpinan yang kebanyakan mereka berjalan kaki dari tempat itu ke stadium negeri. Jarak yang agak jauh jika berjalan berseorangan.


Ribuan penyokong-penyokong yang hadir bersama semangat untuk memenangkan Islam.

Kehadiran penyokong Parti Islam begitu menggalakkan, slogan-slogan yang bernas juga turut ditimbulkan. Namun saya tetap teruja dengan laungan 'Khaibar-Khaibar.. Khaibar ya Yahud, Jaisyu Muhammad.. Saufa Ya'uud' tapi sedikit terkilan kerana laungan itu tidak penuh seperti yang biasa abang Mat Sabu buat.

Di sini saya sertakan lagi gambar-gambar sepanjang proses penamaan calon berlangsung. Semoga Allah berikan kami semangat sahabat-sahabat yang berjuang di medan Badar. Kuasa 313 menewaskan 1000 musuh. Allahuakbar!


Bulatan Ladang telah ditawan! hehe


Seorang OKU yang turut sama menjadi penaik semangat muslimin hari itu.


Saudara Azhan Atan turut melaungkan laungan semangat.


Jurugambar profesional, atas pokok pun jadi.


Ribuan manusia yang penuh bersemangat.


Bersama YB Husam.


Bersama Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat


Bersama Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mahfodz Mohamad


Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.


Bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.



Bersama Dr. Badrol Amin.


Perhimpunan bersurai, Allahuakbar!

0 comments.